PRAKATA

Pada dasarnya wanita tidak mahu dimadu, tetapi Islam telah mengatur cara yang seadil-adilnya dalam hal berpoligami. Wanita Islam mestilah memahami dan menghayati syarat-syarat dan hikmah di sebalik poligami yang diperbolehkan Islam. Begitu juga dengan kaum lelaki Islam, mereka perlulah menginsafi bahawa poligami itu tidak boleh dilakukan mengikut hawa nafsu semata-mata. Mereka patut mengetahui syarat-syarat tertentu dan beban tanggungjawab yang mesti dipikul. Artikel berikut dapat memberikan panduan kepada kedua-dua pihak dalam memahami dan menghadapi masalah poligami.

Artikel ini telah dipetik dari buku POLIGAMI (Mengapa Rasulullah Berbilang Isteri) (Cetakan Pertama 1988 Terbitan Pustaka Al-Mizan) hasil tulisan Ustazah Norain Ishak, seorang Pensyarah Pusat Islam di Pusat Pengajian Persediaan (PPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Artikel tersebut dimuatkan di laman web ini adalah untuk tujuan penyebaran ilmu dan dakwah Islamiah dan bukan bersifat komersil atau yang seumpama dengannya.

"Wallahu A'lam Bissawab."

Yang ikhlas,

Dokter Bantal