SITI ZAINAB BINTI KHUZAIMAH (R.A.)

Wanita ini terkenal dengan gelarannya sebagai Ummul Masakin yang bererti ibu orang-orang miskin. Gelaran ini diperolehinya kerana kedermawanan dan kebaikan hatinya terhadap fakir miskin. Dia adalah bekas janda kepada Tufail bin Harith yang gugur dalam perang Badar. Kemudian sekali lagi dia menikah dengan Abdullah bin Jahsyi yang juga gugur dalam peperangan Uhud. Ketika itu Siti Zainab bukanlah seorang wanita yang cantik, bahkan umurnya pun sudah melewati batasan muda.

Adapun Rasulullah mengahwini wanita ini dengan tujuan;

  1. Untuk menjaga serta memberi perlindungan kepadanya kerana suami-suaminya yang terdahulu telah banyak berjasa terhadap Islam.
  2. Untuk menghilangkan kesedihannya yang datang berturut-turut.
  3. Untuk memelihara serta memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya yang telah kehilangan bapa.

Tetapi perkahwinan ini tidak kekal lama sebab Zainab telah meninggal dunia setelah tiga bulan menjadi isteri Rasulullah.

 

Hakcipta Terpelihara © 2001 Dokter Bantal