UMMU HABIBAH @ RAMLAH BINTI ABI SUFYAN (R.A.) Bapanya bernama Abu Sufyan, seorang pemimpin orang Musyrik Makkah. Dia sangat memusuhi Islam pada zaman Jahiliah dan zaman permulaan Islam. Tetapi tanpa diduganya, salah seorang dari puterinya bernama Ummu Habibah atau Ramlah telah menjadi pengikut Nabi yang taat serta setia. Demi untuk menyelamatkan kepercayaannya ini, Ummu Habibah berserta suaminya Abdullah bin Jahsy telah berhijrah ke Habsyah. Sayangnya tidak berapa lama kemudian Abdullah menjadi murtad memeluk agama Kristian. Peristiwa ini menjadikan Ummu Habibah hidup dalam kesedihan. Sudahlah dia dimusuhi oleh keluarganya, kini suami tempat dia bergantung juga sudah tidak ada. Dia berpisah dengan suaminya kerana mematuhi hukum Islam yang memutuskan hubungan suami isteri yang tidak seagama (Islam). Ini semua telah diterima oleh Ummu Habibah dengan hati yang tabah kerana dia adalah seorang wanita yang sangat teguh imannya. Kerana itulah Rasulullah telah mengirimkan seorang wakilnya ke Habsyah dengan membawa mas kahwin sebanyak 400 dinar untuk mengahwininya. Jadi, Rasulullah mengahwini Ummu Habibah dengan perantaraan wakilnya (Najasyi) di Habsyah. Setelah selesai akad nikah, maka pada tahun ketujuh hijrah, dia dibawa kembali ke Madinah, di tempat Rasulullah berada. Tujuan Rasulullah mengahwini Ummu Habibah antara lain ialah;
|